Wednesday, June 20, 2012

Satu Tekad

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Hari baru. Minggu baru. Azam baru. Baru-baru. =P
Tidak sangka jodoh kita berpanjangan sampai ke sem ini kan. PISMP 2E. Jangan lupa sebut Alhamdulillah taw. Dengan izin-Nya kita masih dapat bersama lagi dengan umur yang kita tidak tahu pengakhirannya bila dan bagaimana.

Mari bhaa kita tengok-tengok, intai-intai, ushar-ushar sikit info subjek dan pensyarah yang mengajar kelas kami tika ini.

1. Pentaksiran Bahasa Melayu SR- Mohd Yusof Saad
2. Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu- Pn. Zaidah Marjan
3.English Language Proficiency- En Ya'kub Ismail
4.Literasi Bahasa- Cik Fatimah Bt Idris
5.Numerical Literacy- Pn. Nazimah Bt Abdullah
6. Murid dan Alam Belajar- Tn Hj Isa B. Azis
7. Pergerakan Asas- En Selvaratnam Navaratnam
8.Koko
9.Bina Insan Guru Fasa 2

Alhamdulillah pensyarah yang masuk ke kelas kami membawa seribu harapan mendidik, mengajar, menjadikan kami insan guru, cikgu, pendidik yang berjaya di mana-mana sahaja kami ditempatkan nanti.
Ibarat benih yang subur, dilempar ke laut menjadi pulau, dilempar ke darat menjadi bukit. moga-moga.

Jangan lupa adab dengan guru/pensyarah/ibu ayah ke-2 kita:



Semoga hari yang mendatang dapat dihadapi dengan tabah, ceria dan bersemangat.
Ayuh para guru, moga kehadiran bulan-bulan mulia nanti iaitu Sya'ban dan Ramadhan akan memperkasakan lagi kita. dan mungkin ini adalah detik-detik permulaan bagi kita untuk menjadikan kita seorang insan yang lebih baik dari detik yang lepas. mungkin tidak banyak perubahan yang kita inginkan atau dapat kita capai. tapi cukuplah sedikit kesedaran yang akan membawa kita ke arah yang lebih baik. Moga-moga. Ingatlah, kehidupan kita tidak lama, tidak ada apa yang dapat kita megahkan, agungkan dan sombongkan kerana akhirnya kita akan bersendirian di dalam kubur masing-masing. Insya-Allah, sama-samalah kita berdoa untuk kesejahteraan ibu ayah, saudara mara, guru-guru, sahabat handai, dan seluruh umat di atas muka bumi Allah ini moga sedikit sebanyak cahaya hidayah dari-Nya masuk ke dalam hati-hati kita.

Akhir kalam. Salam Sya'ban dan Ramadan.


Saturday, June 16, 2012

TIPS HADAPI JEREBU

Kuala Lumpur - 15 Jun 2012

Assalammualaikum w.b.t dan salam PISMP 2E =)

Seperti yang kita sedia maklum, Kuala Lumpur telah dilanda jerebu. Kita semua kembali ke Kuala Lumpur semester ini dengan jerebu!! Harap-harap kita semua dah hirup banyak udara segar di desa untuk menempuh udara yang tidak sihat ini buat beberapa hari ni...mungkin jerebu ni berpanjangan hingga berminggu. Harap-harap tak. Post kali ini akan memberikan sedikit informasi mengenai  jerebu dan langkah-langkah yang perlu kita beri perhatian semasa jerebu.


JEREBU


Apa itu jerebu? Jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan. Jerebu isebabkan oleh pencampuran konsentrasi bahan pencemar udara yang tinggi yang dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

FAKTOR JEREBU

Fenomena jerebu disebabkan oleh :
  1. Cuaca panas yang berlarutan
  2. Tidak hujan 
  3. Pembakaran terbuka secara besar-besaran dan tanpa kawalan.
  4. Peningkatan Jumlah Kenderaan.
  5. Kegiatan Industri yang tidak terkawal

KESAN JEREBU

Kemungkinan kesan kesihatan termasuk;

  1. Kesukaran untuk bernafas
  2. Serangan jantung
  3. Gatal–gatal pada tekak
  4. Gatal–gatal pada mata
  5. Jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan
  6. Gatal–gatal pada kulit

LANGKAH-LANGKAH MENGHADAPI JEREBU

Berikut ialah perkara yang perlu diberikan perhatian dalam menghadapi jerebu :

  1. Minum banyak air untuk bersihkan mulut dan tekak.
  2. Basuh muka dan bahagian badan yang terdedah dengan jerebu dengan kerap.
  3. Kurangkan aktiviti luar rumah.
  4. Pakai topeng pelindung yang boleh menghalang jerebu memasuki saluran pernafasan.
  5. Dapatkan nasihat dan rawatan perubatan dari pusat kesihatan klinik/hospital sekiranya terdapat masalah kesihatan yang berlarutan.
  6. Jangan merokok.
JANGAN MEROKOK

MINUM BANYAK AIR













Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan diri . Semoga kita kekal sihat dan bertenaga untuk menghadapi musim baharu pismp ini Insya-Allah.  
=)

Friday, June 15, 2012

Salam Lembaran PISMP 2E


Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera



Cuti akhir semester sudahpun melabuhkan tirainya. Selamat kembali ke IPG yang tercinta iaitu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Mesti masing-masing punya cerita dan pengalaman cuti semester yang ingin dikongsikan nanti ..seperti Lawatan ke Sabah....KAGUM IPGK Perlis...makan percuma 3 minggu di rumah....berkebun di kelapa sawit dan macam-macam lagilahh. Diharapkan semua dah bercuti dan berehat dengan secukupnya untuk menempuh semester baharu ini.

Tamatnya peperiksaan akhir semester Mei yang lepas maka tamatlah penderitaan kita semasa PISMP Semester 1. INSYA-ALLAH 2-3 minggu ni keputusan peperiksaan kita akan keluar. Semoga semuanya mendapat keputusan yang cemerlang dan mencapai target yang diingini. Apa yang paling penting harap-harap SEMUA LULUS!!! :D

Dikatakan semester ini sememangnya lebih padat dan lebih mencabar. Semester ini akan membuka lembaran kepada subjek elektif 1 kita iaitu Pendidikan Jasmani. Semester ini juga akan membawa kita kembali ke kelas petang yang dirindui. Dikatakan jadual kita semester ini lebih padat berbanding semester lepas. Subjek yang akan kita belajar semester 2 ni termasuklah  :

Wajib : Murid & Alam Belajar, ELP 2, Literasi Bahasa, Literasi Nombor, Gerko Permainan,
Major : Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
Elektif 1 : PJ-Pergerakan Asas

Padat tak?? haha

Demikianlah sedikit taaruf untuk semester baharu PISMP Semester 2 . Akhir sekali, selamat kembali ke Kuala Lumpur kawan-kawan!!! Semoga semuanya selamat sampai ke Institut. =)

Ahlan Wa Sahlan PISMP 2E