Tuesday, July 26, 2011

BULAN RAHMAT, BULAN 1000 KEAMPUNAN....SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN!!



SELAMAT BERPUASA PPISMP 3E!!!!   


Salam mu alaik .
Sedar tak sedar hari ini tanggal 31 Julai 2011 ...
Alhamdulillah, esok ( isnin 1/8/2011 ) akan tiba hari yang kita nanti-nantikan
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK..
setelah bulan Syaaban melabuhkan tirainya...



Selamat menyambut bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan pada tahun ini memberikan keberkatan dan kerahmatan kepada kita rakan-rakan PPISMP 3E. Insya-Allah Ramadhan yang bakal tiba akan mengeratkan lagi ukhuwah kita sebagai rakan seangkatan, insya -Allah....puasa jangan tak puasa  :)



sedikit pesanan untuk Ramadhan yang bakal tiba :

Mata kekadang salah melihat…
Mulut kekadang salah berucap…
Hati kekadang salah menduga…
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada…

MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,

Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan do’a kita di ijabah.

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan.

Sebelum cahaya mentari padam, sebelum ajal mendatang,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan menjelang,

Saya mohon maaf zahir dan batin… tersembunyi atau yang terang.

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”
Amin ya rabb

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Semoga Kita Dapat Menjalankannya Dengan Cemerlang...

أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ

Maksudnya: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka





                                                                                                                    

PEMENTASAN TEATER "PATUNG - PATUNG "...SYABAS PPISMP 3E


     TAHNIAH DAN SYABAS PPISMP 3E!!!!




ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA...


" Pementasan teater yang sangat menarik dan menghiburkan dan ada unsur ekonomikal. Oleh hal yang demikian Saya sanggup tengok 2 kali patung-patung ni " - En Aizuddin   


TEATER PATUNG-PATUNG (HATTA AZAD KHAN) telah berlangsung pada 25 - 26 Julai 2011. Pementasan teater patung-patung ini dipersembahkan oleh pelajar-pelajar PPISMP 3E bawah arahan Puan Fauziah serta dibantu oleh pelajar-pelajar PPISMP Semester 1 dan PPISMP semester 3. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang pementasan teater ini.

Adegan patung-patung sedang menghalang Dupa mendekati Maya


Tuan sedang bermadah dengan patung-patang..tampak bergaya..:)


Patung-patung : protes!!!!!!


Mega dan Maya sedang bercanda ^.^
Pengarah : Pn Fauziah


Maya - Normi Shuhadha Midon
Mega : Mohd  Shardee bin Makli

Alang - Abdul Khalim bin Abd Razak
Dupa : Mohamad Anwar bin Rahim

Wak Karto : Abdul Wail bin Bejuri
 

                             
                           Ibu : Nor Atiqah binti Mohd Noorhaidar
                                  
                                      Saudagar : Muhammad Faris Izzat bin Mohd Norrizan


                              
                        Tuan : Muhammad Aiman Bin Baharuddin


                                  
                               Patung 1 : Amalina An Nur binti Anas
Patung 2 : Norkhuzaimah Binti Tahir

Patung 3 : Nur Azimah binti Jukirim

Patung 4 : Nur Syahidah Adila binti Abu Salim

Patung 5 : Juslinih Ekol

Patung 6 : Nurhidayah binti Mohd Azman


( wajah-wajah prompter/teknikal yang berkaliber lagi bertanggunggjawab akan dimuat naik dengan secepat  yang mungkin ^,^ ) 



Patung 1 sedang membacakan rukun










Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Kelab Teater PPISMP Semester 1 dan Pelajar-pelajar Kelab Teater Semester 3 atas bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang pementasan teater ini dijalankan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Faziah kerana telah menyediakan keperluan kami sama ada makan minum dan pakaian yang diperlukan untuk pementasan.

Pengalaman yang telah kami perolehi akan kami simpan dalam ingatan untuk diceritakan dan dipraktikkan kepada para pelajar yang bakal kami ajar pada masa akan datang. Insya-Allah.

Refleksi : Kami mampu bekerjasama dengan baik walaupun dari batch2 yang berlainan. Semoga kerjasama ini akan kekal hingga ke akhirnya.. insya-Allah  :)



                                                                                                                     



SEKALI KITA JATUH...SERIBU KALI KITA BANGKIT!!!

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 PPISMP 3E 2011





Assalammualaikum w.bt dan salam sejahtera.....


Akhirnya , tanggal 19 Jun 2011 telah menamatkan penantian yang telah sekian lama kita nanti-nantikan dengan penuh tanda tanya dan seribu satu kesabaran yang teruji......

Tarikh ini merupakan hari bersejarah kerana pada tarikh tersebut kita telah mendapat keputusan peperiksaan semester 2 yang lepas.....tahniah kepada PPISMP 3E kerana mampu bangkit kembali  kerana majoritinya mendapat keputusan yang tinggi iaitu 3.40 ke atas  berbanding keputusan yang sangat corot pada semester 1 yang lepas.........

Tahniah juga kepada yang berjaya membuat peningkatan dan kepada yang menurun, jangan risau, kita masih ada satu lagi semester terakhir dalam program persediaan. enjoy every last of it~

Oleh hal yang demikian, mari kita bertungkus lumus dan ikhlas menuntut ilmu bersama-sama agar prestasi kita pada semester ini akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya, insya-Allah.

Saturday, July 23, 2011

BIODATA


MEGA : ARIL


NAMA PENUH : NOOR ELYAZRIL BIN ELES
WATAK DALAM PATUNG-PATUNG: MEGA
Asal : perak darul ridzuan
HOBI: MENYANYI,MENARI,MEMBACA NOVEL,MENDENGAR LAGU
HARAPAN: MENJADI SEORANG GURU YANG TERBILANG KE ARAH MENDIDIK ANAK BANGSA YANG CEMERLANG
FACEBOOK: ELY DAN ARIL



Mega : Shardee
nama : Mohd Shardee bin Makli
watak : Mega
asal : Kota Belud, Sabah
motto hidup : teruskan berjalan, abaikan ketakutan, jgn tension hidup perlu tenang !




WAK KARTO : WAIL
NAMA PENUH : ABDUL WAIL BIN BEJURI
WATAK DALAM PATUNG-PATUNG: WAK KARTO
asal : sarawak
HARAPAN: MENJADI SEORANG GURU YG MAMPU MELAHIRKAN MANUSIA BERPERANGAI MANUSIA
 
FACEBOOK: DATO
SERI ABDUL WAIL

SAUDAGAR : FARIS
NAMA : MUHAMMAD FARIS IZZAT BIN MOHD NORIZAN
ASAL : NEGERI SEMBILAN
HOBI : SHOPPING, JALAN2
WATAK : SAUDAGAR
HARAPAN : DAPAT BUAT PERSEMBAHAN DI ISTANA BUDAYA


Anwar  
NAMA : mohamad anwar bin rahim
UMUR : 20 tahun
WATAK : dupa
ASAL : kuala lumpur
HOBI : membaca fikiran orang lain
HARAPAN : menjadi guru yang versetail
Moto : beat the best be the best


 Tuan : aiman\
NAME: MUHAMMAD AIMAN BIN BAHARUDIN
ASAL: KEMAMAN, TERENGGANU
HOBI: BERSUKAN
 
WATAK: TUAN
HARAPAN: SEMOGA TERHIBUR

Maya : pijah
NAMA:TUAN NOR HAFIZAH BINTI TUAN MAHMOOD
ASAL: BACHOK, KELANTAN
HOBI: MAKAN, TIDO N SHOPPING
WATAK: MAYA\
HARAPAN: BERJAYA MEMBUAT PERSEMBAHAN....

  

Maya : normi
Nama: Normi shuhadha binti midon
Watak :Maya
Hobi :Membaca novel, mendengar muzik, dan menulis
Harapan :Berharap teater akan mendapat maklum balas yang positif daripada semua pihak


Alang : khalim
NAMA:ABDUL KHALIM BIN ABDUL RAZAKASAL:BUKIT MERTAJAM PENANG
HOBI:MERENUNG MASA DEPAN, BACA MAJALAH
HARAPAN:DAPAT BERLAKON DENGAN ROSYAM NOR.






Patung patung
NAMA  : AHMAD FARHAN BIN ASRIS 
UMUR : 18 TA
HUN 7 BULAN
LAHIR : 5 DISEMBER 2011 /
HOMTOWN : TANJUNG MALIM,
HOBI : MENGEDIT GAMBAR, MENGEDIT VIDEO, MEMBACA NOVEL ( RAMLEE AWANG MURSYID ) MELUKIS, MENDENGAR LAGU, MENONTON MUVEE, MENDOWNLOAD ( HANTU DOWNLOAD ),
WATAK PATUNG2 : PATUNG 3
" JERAWAT ITU SEMENTARA, KEKACAKAN PASTI MENJELMA JUA " - PAAN BONAPARTE

Imran
NAMA: MOHAMMAD IMRAN BIN MOHD TAHIR
UMUR: 19
WATAK: PATUNG 6
HOBI: BOLA SEPAK





Piya
NAMA : SAFIAH ATIKHAH BINTI ALANG AHMED
UMUR : 17 TAHUN 10 BULAN 18 HARI
TARIKH LAHIR : 25 OGOS 1992
ASAL : KUALA KANGSAR PERAK
HOBI : BELI & BACA NOVEL, MAKAN,JALAN2, TIDO
WATAK : IBU/ MAK/UMI (2)
HARAPAN : SUPAYA DPT SIJIL CEPAT!!!!..( BERJAYA MEMBUAT PERSEMBAHAN YANG BAIK )

NAMA : NUR AZIMAH @ MYEMA BINTI JUKIRIM 
UMUR : 19 TAHUN ( BELUM GENAP )
TARIKH LAHIR : 04 / 12/ 1992
WATAK : PATUNG 3
ASAL : RANAU, SABAH, MALAYSIA
HOBI : MENONTON WAYANG KOREA SAMBIL MAKAN KUACI
HARAPAN : INGIN MENJADI GURU YANG PANDAI BERLAKON


Juslini
Nama : juslinih ekol
Bangsa : dusun
Asal : sabah
Jantina : perempuan
Tarikh lahir : 20 desember 1991
Watak : patung v

aishah


Nama: siti aishah binti mutazah
asal: melaka
hobi: menonton wayang, layan novel,layan muzik,melancong,shopping,makan
& tidur
watak: patung 5 (patung paling blur kat dunia!)
harapan: dapat buat yang terbaik semasa persembahan teater nanti walaupun terpaksa!










Hidayah


Nama : nurhidayah binti mohd azman
asal : sibu, sarawak
hobi : menonton filem & drama(korea) , jalan-2, masak, dengar lagu.
Watak : patung 6 yang gedik (aq paling xsuka gedik)
harapan : semoga aku berjaya menjadi orang yang gedik semasa waktu persembahan itu kelak! Fighting!



Amalina  
Nama : amalina an nur bt anas
umur : 19 tahun
tarikh lahir : 14 februari 1992
asal : perak darul ridzuan
hobi : membaca, menulis dan bertukar idea
Watak : patung 1
harapan : teater menjadi agen untuk menarik minat pelajar di sekolah.





Khuzaimah
NAMA: NORKHUZAIMAH BINTI TAHIR
NAMA PANGGILAN: ZAZA
ASAL: SARAWAK
HOBI: BERLAKON (HARI2 AKU BERLAKON ;8))
WATAK: PATUNG 2 (PATUNG YG BERLAGAK & GARANG. TAPI MUKA BAJET INNOCENT ;8D)
HARAPAN: BERJAYA MMBWA WTK PATUNG 2 DGN BAIK. INSYA-ALLAH

Masyitah

NAMA: MASYITAH BT MOHAMAD
ASAL: TERENGGANU
WATAK: PATUNG 4
 
HARAPAN: SEMOGA TEATER INI DAPAT BERAKHIR DENGAN SEGERA...
  

Adila
Nama :Nur syahida adila binti abu salim
 Watak :Patung empat
Umur :19 tahun
Hobi :Mendengar muzik, membaca novel, bersiar-siar, melancong,
Harapan : Berharap agar teater terus mendapat sambutan dan penyertaan yang lebih ramai



ATIQAH 
Nama :nur atiqah bt mohd noorhaidar
 Watak :ibu
Umur :20 tahun
Harapan : hidup dan matiku kerana ALLAH