Bagaimana Untuk Melatih Diri Supaya Sentiasa Bertenang
Di Sini saya kemukakan Empat cara bagi melatih diri Untuk sentiasa Bertenang
1. Latih diri melalui kekerapan berdoa.
Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati. Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya hati anda ditenangkan selalu, emosi anda tenang selalu, dan anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.
2. Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah lainnya.
Bekerja, belajar dan berniaga ialah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control. Latih diri anda untuk selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran anda terfokus. Ada orang yang rajin menjaga sembahyangnya oleh kerana dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.
3. Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan.
Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat . Lakukandengan kerap dalam sehari. Selain menenangkan, aktiviti ini membuat fikiran anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.
4. Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi anda, fikiran anda, kata-kata anda dan perbuatan anda.
Bila anda latih diri untuk mengawal semuanya, anda akan terdorong untuk bertenang kerana hanya dengan ketenangan, anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.
nice......^.^V
ReplyDelete