Monday, December 12, 2011

Arkitek Bangsa

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Hari ini kita akan berkongsi mengenai, arkitek bangsa. siapa arkitek bangsa? yang mereka banggunan tu ke? bukan bukan. jum kita baca lagi...

Sebelum bercerita dengan lebih terperinci lagi mengenai arkitek bangsa, kita jejaki dahulu kisah agung ' Kisah Nabi Muhammad S.A.W'. Sejarah agung Rasulullah  tatkala menerima wahyu daripada Allah mengenai utusannya sebagai rasul untuk menerangi kegelapan umatnya ketika itu. Siapa perantara antara Allah dan Nabi Muhammad S.A.W? Dia adalah Malaikat Jibrail yang menjadi Guru kepada Nabi Muhammad.
Jibrail pun menyuruh dan megajar Nabi Muhammad membaca Surah Al-Alaq.
Ketika itu Nabi Muhammad tidak tahu membaca.

Iqra' (bacalah) - Jibrail menyuruh Nabi Muhammad membaca
ma' aqra'(aku tidak tahu membaca) - jawab Nabi Muhammad dalam ketakutan.
mendengar jawapan itu, Jibrail memeluk baginda. baginda merasa seakan lemas barulah dilepasakan Jibrail.
Iqra' (bacalah) - Jibrail menyuruh Nabi Muhammad membaca lagi
ma' aqra'(aku tidak tahu membaca) - jawab Nabi Muhammad.
"Bacalah dengan nama tuhanmu yang menciptakan, yang menjadikan manusia dari segumpal darah.
bacalah. dan Tuhanmulah yang mulia , yang mengajar manusia dengan qalam, mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya"
demikian malaikat Jibrail membacakan ayat dari Surah Al Alaq dan Nabi Muhammad mengikutinya.

itulah sejarah dimana Jibrail menjadi guru kepada Nabi Muhammad. 

Jika diimbas kembali sirah Rasulullah s.a.w menerima wahyu daripada ALLAH yang disampaikan oleh malaikat jibril. Jibril  ialah guru kepada Rasulullah. Dalam sebuah hadis, ada diceritakan bahawa sahabat-sahabat baginda pernah melihat Jibril datang menyampaikan wahyu kepada baginda. Ketika itu Jibril datang dalam keadaan menyerupai seorang tua.
Selepas beredarnya Jibril, barulah baginda memberitahu orang tua yang datang itu ialah Jibril. Rasulullah  telah menunjukkan sikap baginda pada sahabat-sahabatnya ketika itu bagaimana sopan dan tertibnya baginda menerima wahyu daripada Jibril.

Rasulullah ialah guru yang terbaik, tidak ada yang boleh menandingi sikap sabar, lemah lembut, tabah dan segalanya ketika baginda berhadapan dengan berbagai-bagai makhluk di atas muka bumi ini. Rasulullah s.a.w menyampaikan amanah Allah dengan penuh jujur, walau dicaci, dilempar dengan tahi, dicop sebagai orang gila dan sebagainya, Rasulullah s.a.w tetap tidak berganjak atas usaha untuk melihat umatnya mentaati perintah Allah. Hikmah Allah menentukan setiap nabi-nabinya memelihara kambing kerana sifat degil kambing ada pada manusia dan menjadikan nabi-nabinya sabar, kuat, tabah, cekal sebelum menghadapi manusia yang punya nafsu, akal dan bermacam-macam ragam perangai manusia.

Guru Mesti ada sikap mengajar (mu'allim) dan mendidik (murabbi).


Satu lagi tentang hadis Rasulullah s.a.w untuk guru-guru dan bakal guru boleh amalkan.

Maksud hadis :
Apabila matinya anak adam akan terputus amalannya kecuali tiga perkara :-
1. Sedekah jariah.
2. Ilmu yang manfaat.
3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya.

Hikmahnya ketiga-tiga perkara ini ada pada seorang guru.

1. Sedekah bukan sahaja hanya pada wang semata-mata, tetapi seorang guru setiap hari menyalurkan sedekah ilmunya, masanya, wang ringgitnya, pengorbanannya, dan sebagainya.
2. Guru-guru yang menyampaikan ilmunya, anak-anak muridnya akan bertambah dan akan terus menyampaikan ilmu yang diajarnya, walaupun dia telah meninggal ilmunya tetap kekal.
3. Guru-guru sentiasa mendapat doa daripada anak-anak muridnya dan seluruh insan yang sayang padanya.

Lihatlah begitu besar pahala seorong guru yang ikhlas, pahalanya sentiasa mengalir dan menjadi bekalan di alam barzakh serta menjadi hujah pendinding yang menyelamatkannya daripada api neraka. Insya-Allah, marilah kita menjadi penyambung legasi murni para nabi ini.

Mesej : Sumber idea dari SINI
GPRS :  Jadilah guru yang hadirnya dinanti, perginya dirindui.



Saturday, December 10, 2011

Tenangkan Diri Anda

Bagaimana Untuk Melatih Diri Supaya Sentiasa Bertenang


Di Sini saya kemukakan Empat cara bagi melatih diri Untuk sentiasa Bertenang

1.    Latih diri melalui kekerapan berdoa.
Doa bukan sekadar selepas sembahyang, tapi juga boleh dilafazkan selalu di dalam hati. Ambil masa beberapa saat, tutup mata, tenangkan jiwa lalu minta pada Allah supaya  hati anda ditenangkan selalu, emosi anda tenang selalu, dan anda ditemukan dengan situasi-situasi yang sentiasa menenangkan.

2.   Latih diri bertenang ketika sembahyang, selepas sembahyang dan ibadah lainnya.  
Bekerja, belajar dan berniaga ialah salah satu bentuk ibadah. Cuba tenangkan diri selalu. Be in control. Latih diri anda untuk selalu ketika melakukannya, wujudkan keseronokan supaya fikiran anda terfokus. Ada orang yang rajin menjaga sembahyangnya oleh kerana dia seronok merasai ketenangan yang timbul ketika bersembahyang.

3.    Latih diri bertenang dengan membuat latihan pernafasan.  
Ketenangan minda banyak dipengaruhi oleh pernafasan kita. Tarik nafas dalam kiraan 7 saat, tahan selama 3-5 lima saat (atau 7 saat) kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan 7 saat . Lakukandengan kerap dalam sehari. Selain menenangkan, aktiviti ini membuat fikiran anda lebih positif kerana latihan pernafasan teratur membuang semua fikiran-fikiran negatif.

4.   Jalani hidup dengan penuh kawalan pada emosi anda, fikiran anda, kata-kata anda dan perbuatan anda
 Bila anda latih diri untuk mengawal semuanya, anda akan terdorong untuk bertenang kerana hanya dengan ketenangan, anda dapat mengawal emosi, fikiran dan kata-kata.


Top of Form

Friday, December 9, 2011

Cintai Dia Dalam Diam

Cintai Dia Dalam Diam
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan..

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)

" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )

" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..

" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )

" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )

Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??

".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )

" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ~

Top of Form

Jawapan kepada sembilan persoalan Atheis

Jawapan kepada sembilan persoalan Atheis



 
Pada zaman dahulu, terjadinya suatu perdebatan antara golongan Atheis (tidak percaya kewujudan Tuhan) dengan seorang pemuda yang beragama Islam. Pemuda ini datang bersama gurunya dan gurunya telah diajak berdebat dengan golongan Atheis itu namun tidak dibenarkan pemuda itu, katanya: “Tak selayaknya seorang ulama besar berdebat di dalam majlis sebegini, cukuplah diserahkan kepada muridnya yang masih muda ini untuk berbincang-bincang dengan mereka-mereka ini.”


Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:



Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”


Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”


Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”


Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”


Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.


Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.


Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”


Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”


Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”


Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.


Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita. Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang amsih hidup atau yang telah wafat.

sumber : http://mediasiber.com/jawapan-kepada-sembilan-persoalan-atheis/

Thursday, December 1, 2011

Selamat Bercuti !

SELAMAT BERCUTI
   Assalamualaikum…


Jumaat-7 Muharam 1433 H, bersamaan 2 November 2011.
   Selamat bercuti semua !
 Sedar tak sedar tinggal sebulan cuti kita? Apa yang korang buat? 
Haaa! Cikgu tahu..=)  
               
 Mesti korang tengok tv je kan sepanjang hari? Hehe..eh..eh..            
Ada yang angguk ada yang geleng..hehe
 ke baca novel? main game? bersukan? berkebun(hehe..)?
Meh citer kat cikgu apa korang buat hari-hari yang lepas..





“ Semoga hari-hari yang sudah berlalu dijadikan kenangan di dalam diari hati kalian, yang gembira atau sedih semuanya bermakna”      
                        
Dan      
       
hari-hari yang mendatang ni gunalah dengan sebaiknya, masa tak menunnggu kita, masa itu emas taw, kutip emas tu! Biar 
kaya!” 
                               
Tapi 
                                                                                              
Dalam kita bergembira pandang-pandanglah kiri kanan kita takut kita terlupa dan terleka akan nikmat yang Dia berikan, nikmat nafas, pancaindera, makan, minum dan banyaakkk lagii…jangan lupa ucap Alhamdulillah..=)

Salam Maal Hijrah

SALAM MAAL HIJRAH


      Assalamualaikum…

                      Jumaat-7 Muharam 1433 H, rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada sahabat-sahabat sekalian.


Mari kita sama-sama memperbaharui niat kita sempena tahun baru ini. Tapi ingat ! 
Semuanya bermula dengan niat. Mari kita niatkan segala perbuatan dan setiap nafas kita ini hanya kepada Dia. Insya-Allah. 

Sunday, November 13, 2011

Selamat Pengantin Baru

SELAMAT PENGANTIN BARU
13. November. 2011
..FIKRI dan NISA..





 “Semoga Allah memberi berkah padamu, dan semoga Allah memberi berkah atasmu, dan semoga Ia mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”
Terima kasih atas jemputan ke walimatulurus keluarga ANWAR BIN RAHIM

Ini adalah program lawatan PPISMP 3E yang terakhir untuk Semester ini. Nantikan kami di Semester hadapan.
Insya-Allah..
Doakan kejayaan kami dalam peperiksaan..

                          

Tuesday, October 25, 2011

PELANTIKAN ANGGOTA JAWATANKUASA TERTINGGI BAGI PISMP 1E/2012

Assalamualaikum dan 
salam sejahtera.

Pada hari Jumaat yang lalu, telah diadakan Majlis Pemilihan dan Pelantikan Anggota Jawatankuasa Tertinggi bagi Sesi PISMP 1E/ 2012. Anggota kelas PPISMP 3E telah bersetuju bagi memilih Muhammad Aiman Bin Baharudin selaku Ketua Kelas PISMP 1E/2012


 Safiah Atikhah Binti Alang Ahmed selaku Penolong Ketua Kelas




Ahmad Farhan Bin Asris selaku Setiausaha kelas

Masyitah Mohamad selaku Penolong Setiausaha



Amalina An Nur Binti Anas selaku Bendahari kelas



 Norkhuzaimah Binti Tahir selaku Bendahari kelas

Jika dahulu kita sering mendengar perkataan KEREPEK, maka pada semester hadapan, kita akan sering mendengar perkataan KEROPOK LEKOR

Penolong Ketua Kelas kita pada semester hadapan pula mempunyai motonya yang tersendiri iaitu:
"Saya tidak suka dipaksa dan memaksa"

Kami warga PPISMP 3E/2011 mengharapkan yang terbaik bagi anggota-anggota jawatankuasa yang baharu ini untuk memacu kelas kita ke arah lebih maju dan berjaya. InsyaAllah, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian semua terutama sekali kepada Muhammad Aiman Bin Baharudin dan Safiah Atikhah Binti Alang Ahmed. Kerjasama akan kami berikan sepanjang kalian semua berkhidmat. ^^

Terima kasih juga diucapkan kepada Mohd Imran Bin Tahir dan Nur Azimah Binti Jukirim atas segala usaha yang telah mereka curahkan sewaktu berkhidmat sebagai ketua dan penolong ketua kelas bagi semester 3 / 2011. Sesungguhnya, banyak perubahan yang telah berlaku sepanjang semester ini. 






Begitu juga kepada setiausaha dan penolong setiausaha, Mohd Shardee Makli dan Nur Syahida Adila Abu Salim, terima kasih diucapkan.













Terima kasih juga kepada bendahari dan penolong bendahari kelas, Juslinih Ekol dan Tuan Nor Hafizah Tuan Mahmood.


SEDUTAN AKTIVITI - AKTIVITI PPISMP 3E 3 BULAN YANG LALU

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA

Oktober akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Blog ini agak terbengkalai sejak 3 bulan yang lalu atas faktor komitmen dalam kuliah dan sebagainya :) berikut ialah sedutan-sedutan aktiviti-aktiviti kita PPISMP 3E sepanjang beberapa bulan yang lepas....:)

IFTAR DI RUMAH EN SELVA
Sentul, sekitar Ogos 2011

makan!!!!!

Bergambar di rumah En Selva

Bergambar bersama-sama dengan keluarga En Selva

Terima kasih kepada En selva merangkap mentor PPISMP 3E kerana menjemput kami berbuka puasa di rumahnya. Kami sangat terharu dengan layanan baik En Selva sekeluarga pada malam tersebut. Terima kasih kerana menamatkan penderitaan kami yang selama ini berbuka dengan juadah yang sama pada setiap hari. Layanan baik yang diberikan membuatkan kami teringat suasana berbuka di rumah bersama - sama dengan keluarga :( Terima Kasih diucapkan kepada En Selva dan keluarga :)
.....................................................................................................................................................


TILAWAH AL-QUR'AN PERINGKAT ANTARABANGSA
PWTC, sekitar Ogos 2011








 Alhamdulillah hujung minggu kami diserikan lagi dengan jemputan menghadiri perasmian pembukaan Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa. Kita selalu menontonnya di kaca televisyen tetapi alhamdulillah, kita dapat menyaksikannya secara terus di PWTC. Tahniah kepada yang berjaya bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong dan isterinya :)
.....................................................................................................................................................


CUCI KABIN
Kabin IPG KBM, sekitar November 2011


thhuuuuudiah!!!!!!!


Kabin pun kabin la.....sempena pertandingan keceriaan kelas sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan IPG KBM, setiap kelas wajib diceriakan dengan tema Kemerdekaan. Terima kasih kepada yang hadir memberikan kerjasama menceriakan kelas. Kerjasama kalian amatlah dihargai. Kelas bertambah ceria lepas gotong royong menceriakan kelas ini dijalankan. Walaupun tidak mendapat anugerah kelas paling ceria, pada kami, kelas kamilah yang paling ceria sekali..hehe ^.^
.....................................................................................................................................................


SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-54 & HARI MALAYSIA 2011
Dataran Merdeka, 16 September 2011
Yang terlibat - Paan, Aril, Aiman, Imran, dan Wail 




sebahagian daripada human graphic yang dipersembahkan pelajar-pelajar IPG 

Sambutan Kemerdekaan ke-54 dikatakan lebih meriah daripada yang sebelumnya. Itu memang benar kerana kami sendiri telah menyaksikannya ^.^..PPISMP 3E tidak lagi terlibat dalam pertunjukan Human Graphic kali ini kerana telah melebihi kuota ..Ada yang suka dengan keputusan ini dan ada yang merasakan kerugian kerana tidak dapat menyertai rakan-rakan daripada kelas lain membuat persembahan. Walau bagaimanapun,  kami tetap merancang pergi menyaksikan Sambutan Kemerdekaan beramai-ramai namun, hanya 5 jejaka PPISMP 3E sahaja yang berjaya sampai iaitu Paan, Aril, Aiman, Imran dan Wail . Kami sangat terhibur dengan persembahan yang telah dipersembahkan!!!!!!!
.....................................................................................................................................................


MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA
5 OKTOBER 2011
DEWAN SIVIK MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA


Si tampan yang bersampin, Si cantik yang bertudung ^.^

Tema Majlis Makan Malam Perdana - Seindah warna , seharum kenangan.....lain daripada yang lain daripada Majlis Makan Malam kami yang sebelumnya. Majlis Makan Malam ini lebih ceria dengan tema baju raya berwarna warni diperagakan oleh pensyarah dan bakal-bakal guru. Hiburan-hiburan yang dipersembahkan juga mantap dan sangat menghiburkan. Tahniah diucapkan kepada Noor Elyazril bin Eles merangkap artis PPISMP 3E yang buat kali keduanya membuat persembahan. Juadah yang dihidangkan juga sangat mengenyangkan dan memuaskan hati walaupun perut masih berbunyi-bunyi  dan ada yang tercari-cari maggi di sana sini untuk mengenyangkan perut selepas pulang ke asrama... :o
.....................................................................................................................................................


SUKAN DAN REKREASI, PENDIDIKAN LUAR PPISMP 3D DAN PPISMP 3E
6 OKTOBER 2011
TAMAN PERTANIAN NEGARA, BUKIT CERAKAH, SHAH ALAM

Hijau bumi tuhan ~

Tapak Khemah



Pelajar PPISMP 3D dan 3E bergambar bersama dengan jurulatih dan pensyarah.
Water confident di kolam mandi jam 1.00 a.m
Rafting kayak sedang dijalankan di Empangan Sungai Besar
Setelah  15 jam interaksi matapelajaran PJ 1, Sukan dan Rekreasi di bawah pengajaran Cik Leha , akhirnya hari yang ditunggu-tunggu iaitu Penduidikan Luar PPISMP 3D dan 3E berjaya juga dijalankan dengan jayanya. Pendidikan Luar ini ialah satu-satunya akvitiviti yang paling menarik, mencabar dan menghiburkan sepanjang 3 semester persediaan ini. Suka dan duka kita PPISMP 3E dan PPISMP 3D hadapi bersama-sama sepanjang kuliah sebelum ini dan seterusnya, 3 hari di Bukit Cerakah. Secara peribadinya, kami sangat gembira dan suka berkerjasama dengan PPISMP 3D. Pendidikan Luar ini bukan sahaja telah merapatkan hubungan kami sekelas malahan , telah merapatkan ukhuwah kita PPISMP 3D dan 3E. Pengalaman 3 hari 2 malam yang telah kita lalui bersama-sama ialah antara pengalaman yang paling manis dan sukar dilupakan...^.^
.....................................................................................................................................................



PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PPISMP SEMESTER 1 DAN 3 ANJURAN GERKO BOLA TAMPAR
17 Oktober 2011
Gelanggang Bola Tampar, IPG Kampus Bahasa Melayu






tuudiiahhh itah!!!!!!!!!!!!!

Seterusnya, Pertandingan Bola Tampar PPISMP Semester 1 dan 3 Anjuran Gerko Bola Tampar PPISPM Semester 3. Setelah satu semester kita mengikuti kuliah PJ 1, Permainan Gelanggang Bola Tampar, akhirnya kita dapat menyerlahkan bakat kita dalam menyangga, menampan,  melakukan servis dan membuat rejaman padu dalam pertandingan bola tampar ini. Walaupun kedua-dua pasukan lelaki dan wanita telah dinobatkan sebagai kumpulan pertama yang kecundang pada awal-awal pertandingan, pada kami, kami ialah juara dan kami ialah pejuang....sesungguhnya perjuangan itu harus diteruskan...AGI IDOP AGI NGELABAN!!!!.*-.-*