Monday, February 14, 2011

TEATER JANGAN BUNUH RAMA-RAMA...SELAMAT MAJU JAYA!!

Asalamualaikum w.b.t Apa khabar rakan-rakan semua?.lama sudah tidak kita ketemu. seperti yang kita semua telah maklum, kita telah diberikan amanah melakonkan sebuah teater bertajuk " Jangan Bunuh Rama-rama" sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat IPG KBM pada hari Isnin, 21 februari 2011.  Proses latihan masih lagi berjalan dan diharapkan rakan-rakan semua dapat memperbaiki mutu lakonan masing-masing. Ini merupakan pengalaman pertama buat beberapa rakan- rakan yang lain dan mari kita semua menutup segala kelemahan yang ada dengan kegembiraan dan keseronokan kita bersama-sama dalam melakonkan teater ini .Diharapkan juga, dengan persembahan teater sulung kita ini, kita dapat merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Akhir kata, selamat berlatih, perbaiki segala kelemahan yang ada, selamat berjaya, selamat melakonkan teater dan selamat menyambut MAULIDUR RASUL...


No comments:

Post a Comment