Monday, December 31, 2012

Selamat Kembali ke Institut Bahasa!!

Packup your gear and let's rock this semester!!!

Assalammualaikum w.b.t dan salam sejahtera
2012 akan melabuhkan tirai beberapa jam sahaja lagi. Semoga tahun baru ni akan menjadi tahun yang lebih bermakna dan bermanfaat kepada kita. Kepada yang akan pulang kembali ke IB tercinta, pulanglah dengan selamat, semoga semua selamat sampai ke IB tercinta . <3 <3


Diharapkan cuti semester ini semua dan rehat dengan secukupnya dan sepuas-puasnya kerana semester 3 ini kelihatannya lebih mencabar dan menguji jiwa raga. Semester baru ni lebih meriah katanya dengan kehadiran Elektif 2 kita  iaitu Persuratan dan Kesenian Melayu yang ditunggu-tunggu!. Selamat datang PSE3101 Kritikan Sastera!!! -.-


Selamat menelaah dan selamat menuntut ilmu. ^.^

Friday, December 28, 2012

Selamat Tinggal 2E

"SAYANGKU 2E"
Video perjalanan gembira, suka duka dan ranjau kehidupan sepanjang bergelar pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan , Ambilan Januari 2012, Semester 2 :D

                                                                                                  








Wednesday, December 26, 2012

Adab Menuntut Ilmu



Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu

Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

1.Niat yang ikhlas
Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu
Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

3.Bersabar dalam menuntut ilmu
Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

4.Tulis setiap yang dipelajari
Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Rendah diri
Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

6.Menjahui dari kenyang yang berlebihan
Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

7.Tidur yang sedikit
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

Penulis

Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad merupakan pelajar Sekolah Menengah Islam Al Irsyad, Kuantan. Kini, beliau sedang menyambung pelajarannya di Maahad Buuth Islami, Kaherah, Mesir.

http://cintanota.blogspot.com/







Tuesday, December 18, 2012

Derita Kita







Derita kita…. 
Derita kita menanti majunya negara, 
Derita kita kerana jualan di kedai yang kurang memberangsangkan, 
Derita kita belum dapat bantuan subsidi, 
Derita kita kerana anak tidak lulus periksa, 

Derita mereka apabila anak2 mereka menjadi kubu daripada ditembusi oleh peluru2 yahudi yang merobek kulit mengeluarkan isi perut anak2 kecil yang tidak berdosa, itulah derita para ibu yang berada di bumi GHAZA… 

Para ibu di negara kita, 
Derita belum sempat membeli gelang baru, 
belum sempat membeli rantai baru, belum sempat menempah siap pakaian baru, samakah kita dengan mereka? 

Bumi GHAZA, 
2012 menjadi tontonan cerita perang dalam television setiap umat Islam yang jumlahnya berbilion2… 
Wahai Ghaza, 
Kami saudara kamu, seagama denganmu, 
kami lelaki2 sekuatmu juga, 
kami memohon ampun kepadamu wahai Ghaza, 
kami memohon ampun kepadamu wahai Syria, 
kerana kami tidak menghantar kereta2 kebal kami yang hanya kami gunakan pada hari kemerdekaan.. 

Minta maaf wahai rakyat Palestin, Syria, 
kami ada tentera tapi kami tidak mampu pergi kepada kamu, 
Mohon kemaafan banyak2, 
kami hanya menjadi penonton di mana darah2 anak2mu, isteri2mu jatuh titisan demi titisan di atas bumi yang sangat suci, 

Wahai Ghaza, 
walaupun kami tidak dapat pergi dengan jasad, 
terimakanlah juga roh kami untuk bersemadi bersama para syuhada’mu, 

Wahai Syria, 
walaupun kami tidak sempat untuk berperang bersamamu, 
terimalah nyawa kami untuk terus menguatkan jasad2 kamu, 
melawan segala yang menjadi musuh Allah, al-Yahudu wal Bashar, 
Wahai Ghaza, wahai Palestin, wahai Syria, 
maafkan kami, terimakanlah doa daripada kami dan sudilah kiranya roh2 kami bersemadi bersama 
jasad2mu… 
:: Sebahagian puisi dari Ustaz Azhar Idrus::
nak tgok klik video sini k


Bicara Selebriti 6 : FULL. X tengok rugi. salute! rakyat Kelate.
biarpun hujan agak lebat mereka tetap berdiri.
Allahuakbar. Negeri Serambi Mekah kaya dengan nilai Islami.

Pemuda Perindu Syahid ?




Sumber : Harian Metro
Tentera Malaikat

GAZA: Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam.

Mereka diketuai seorang komander yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh dan pertemuan diadakan di satu lokasi sulit dalam ladang zaitun pada jam 12 tengah malam.

Untuk ke sana, kami dibawa menaiki kenderaan khas sebelum diarah berjalan sejauh 500 meter ke sebuah pondok dalam ladang itu. Di situ, Sheikh bersama kira-kira 20 anggotanya menyambut kami dengan mesra sebelum dibawa duduk mengelilingi unggun api kecil.

Sheikh yang berusia lingkungan 40an itu mmeberitahu anggota Komando Qassam adalah pejuang terpilih di kalangan pemuda Islam Gaza yg mempunyai pengetahuan agama mendalam selain tidak gentar untuk mati syahid.

Menurutnya, pemilihan untuk menjadi Komando Qassam perlu melalui syarat ketat, antaranya mereka perlu solat subuh berjemaah tanpa gagal walau sehari selama enam bulan.

Bakal pejuang juga diwajibkan menghafaz Al-Quran dan hadis, selain melakukan sembahyang tahajjud setiap awal pagi. Amalan berterusan ini bukan hanya menjadi bekal iman di medan perang tapi juga untuk memastikan setiap langkah kami sentiasa dirahmati Allah’, katanya.

Setiap pejuang Qassam dirahsiakan identiti masing-masing berikutan ada antara mereka adalah golongan profesional, guru dan penuntut universiti.

‘Setiap mereka yang mempunyai asas agama kukuh akan bekerja pada waktu siang dan menjaga keselamatan Gaza pada wkktu malam hingga pagi. Saya amat berharap rakyat Islam di Malaysia sentiasa mendoakan perjuangan suci kami. Doa kamu semua memberikan kami kekuatan untuk berdepan tentera Israel’, katanya.

Sheikh berkata, Komando Qassam kini lebih yakin untuk berdepan tentera Israel apabila mereka kini memiliki ribuan roket model AM75, Fajar 5 dan roket Al-Qassam.

Pasukan komando itu juga dipecahkan kepada beberapa unit yang turut mempunyai kepakaran untuk menghasilkan bom tangan bagi menghadapi tentera Israel.

Sheikh juga berkata, walaupun kelengkapan senjata api amat minimum tetapi mereka yakin Allah sentiasa memberi bantuan dan kekuatan tidak terhingga ketika berhadapan dengan zionis di medan pertempuran. Malah mereka optimis akan menghujani bandar Tel Aviv dengan roket lebih hebat dan berkuasa dan percaya pihak Israel akan lebih gerun dengan apa yang mereka sifatkan sebagai ‘hadiah’ itu.



FAKTA MENARIK BRIGED KOMANDO AL-QASSAM, HAMAS :
•Nama bersempena ulama Sheikh Izuddin al-Qassam yang dibunuh tentera British pada 1935.
•Ditubuhkan di Gaza sebagai briged sayap tentera Hamas pada 1987.
•Peraturan ketat dengan setiap anggota perlu berpuasa setiap Isnin dan Khamis, hafal hadis dan Al-Quran dan solat tahajjud setiap malam.
•Dianggap sering mendapat bantuan malaikat ketika bertempur hingga mampu tewaskan tentera zionis yang lebih ramai dan bersenjata lebih canggih.
•Berupaya menghasilkan bom tangan dan memiliki roket model Qassam, AM 75 dan Fajar 5.
•Jumlah anggota kini dianggarkan lebih 30,000 dengan kebanyakkannya berkawal di sempadan Gaza-Israel.
•Sering gunakan kaedah perang gerila termasuk melalui lubang bawah tanah untuk bergerak.
•Turut dianggotai wanita yang mampu kendalikan rifel AK-47 dan pelancar roket.

sms : Allahuakbar. Inilah pemuda yang dibentuk mengikut acuan Al-Quran. Renung diri. Ada atau tidak sedikit biasan amalan kita seperti mereka. Adakah kita layak menyertai tentera menentang israel laknatullah itu. Allah. peribadi yang dijanji syurga milik mereka yang rindukan syahid.

mms : sejuk hati melihat wajah pendamba syahid. redha ibu ayah isteri keluarga iringi mereka mempertahan negara. tidak takut cedera terdera. tidak gentar mati di tangan durjana. kerana syahid impian teragung.

gprs : Gaza aku datang. Maafkan aku, aku hanya mampu hadirkan doa untukmu.

Salam sayang dari jauh buat bumi suci. Moga Allah memberkati dan memberi pelindungan kepadamu. Amin Ya Rabb.