SELAMAT BERPUASA PPISMP 3E!!!!
Salam mu alaik .
Sedar tak sedar hari ini tanggal 31 Julai 2011 ...
Alhamdulillah, esok ( isnin 1/8/2011 ) akan tiba hari yang kita nanti-nantikan
BULAN RAMADHAN AL MUBARAK..
setelah bulan Syaaban melabuhkan tirainya...
sedikit pesanan untuk Ramadhan yang bakal tiba :
Mata kekadang salah melihat…
Mulut kekadang salah berucap…
Hati kekadang salah menduga…
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada…
MARHABAN YAA RAMADHAN
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih,
Tidur kita menjadi ibadah,
Amal kita diterima dan do’a kita di ijabah.
Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan,
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan.
Sebelum cahaya mentari padam, sebelum ajal mendatang,
Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum Ramadhan menjelang,
Saya mohon maaf zahir dan batin… tersembunyi atau yang terang.
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”
Amin ya rabb
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa & Semoga Kita Dapat Menjalankannya Dengan Cemerlang...
أَوَّلُ شَهْرِ رَمَضَانَ رَحْمَةٌ وَأَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maksudnya: Permulaan (awal) Ramadhan itu rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya (penghujungnya) pembebasan dari api neraka

PEMENTASAN TEATER "PATUNG - PATUNG "...SYABAS PPISMP 3E
TAHNIAH DAN SYABAS PPISMP 3E!!!!
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA...
" Pementasan teater yang sangat menarik dan menghiburkan dan ada unsur ekonomikal. Oleh hal yang demikian Saya sanggup tengok 2 kali patung-patung ni " - En Aizuddin
TEATER PATUNG-PATUNG (HATTA AZAD KHAN) telah berlangsung pada 25 - 26 Julai 2011. Pementasan teater patung-patung ini dipersembahkan oleh pelajar-pelajar PPISMP 3E bawah arahan Puan Fauziah serta dibantu oleh pelajar-pelajar PPISMP Semester 1 dan PPISMP semester 3. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sepanjang pementasan teater ini.
Adegan patung-patung sedang menghalang Dupa mendekati Maya |
Tuan sedang bermadah dengan patung-patang..tampak bergaya..:) |
Patung-patung : protes!!!!!! |
Mega dan Maya sedang bercanda ^.^ |
Pengarah : Pn Fauziah |
Maya - Normi Shuhadha Midon |
Mega : Mohd Shardee bin Makli |
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar Kelab Teater PPISMP Semester 1 dan Pelajar-pelajar Kelab Teater Semester 3 atas bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang pementasan teater ini dijalankan.
Terima kasih juga diucapkan kepada Puan Faziah kerana telah menyediakan keperluan kami sama ada makan minum dan pakaian yang diperlukan untuk pementasan.
Pengalaman yang telah kami perolehi akan kami simpan dalam ingatan untuk diceritakan dan dipraktikkan kepada para pelajar yang bakal kami ajar pada masa akan datang. Insya-Allah.
Refleksi : Kami mampu bekerjasama dengan baik walaupun dari batch2 yang berlainan. Semoga kerjasama ini akan kekal hingga ke akhirnya.. insya-Allah :)
SEKALI KITA JATUH...SERIBU KALI KITA BANGKIT!!!
KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER 2 PPISMP 3E 2011
Assalammualaikum w.bt dan salam sejahtera.....
Akhirnya , tanggal 19 Jun 2011 telah menamatkan penantian yang telah sekian lama kita nanti-nantikan dengan penuh tanda tanya dan seribu satu kesabaran yang teruji......
Tarikh ini merupakan hari bersejarah kerana pada tarikh tersebut kita telah mendapat keputusan peperiksaan semester 2 yang lepas.....tahniah kepada PPISMP 3E kerana mampu bangkit kembali kerana majoritinya mendapat keputusan yang tinggi iaitu 3.40 ke atas berbanding keputusan yang sangat corot pada semester 1 yang lepas.........
Tahniah juga kepada yang berjaya membuat peningkatan dan kepada yang menurun, jangan risau, kita masih ada satu lagi semester terakhir dalam program persediaan. enjoy every last of it~
Oleh hal yang demikian, mari kita bertungkus lumus dan ikhlas menuntut ilmu bersama-sama agar prestasi kita pada semester ini akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya, insya-Allah.