Wednesday, July 13, 2011

khutbah terakhir Nabi Muhammad (s.a.w)





Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.


Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.


Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.


Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.


Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.


Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.




Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMU.



* ya, ALLAH..aku cinta padaMu../

credit to : amal 




Monday, July 11, 2011

SELAMAT DATANG REKTOR IPG!!!!!!


AHLAN WASAHLAN 

SELAMAT DATANG 
WELCOME

YANG BERBAHAGIA DATUK DR.HAILI BIN DOLHAN,
REKTOR IPG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 




KE IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

LEMBAH PANTAI 
KUALA LUMPUR

SEMPENA MAJLIS
PERASMIAN BUKU


sememangnya majlis bertarikh 11 julai 2011 ]
bersamaan 
8 sha'ban 1432h
sangat menarik dengan pelbagai budaya dan tarikan daripada seluruh warga ipg

majlis ini bersempena mempromosikan 
buku-buku hasil karya penulis-penulis tempatan yang juga
pensyarah daripada ipg kbm...

program sebegini mampu membakar jiwa dan semangat guru-guru pelatih
untuk menceburkan diri dalam bidang penulisan setanding
para pensyarah sendiri.

semoga dengan kehadiran rektor mampu membakar semangat dalam diri pelatih lebih-lebih lagi pelatih guru ppismp 3e

sekalung penghargaan juga kepada wakil-wakil 
dari ppismp 3e yang turut sama menyambut kedatangan rektor

/ silat cekak ust hanafi/
/penyair kita/
dll//

sekian sahaja untuk kali ini..

kalaulah ada sumur di ladang
bolehlah kami menumpang mandi
kalaulah ada umur yang panjang
bolehlah kita berjumpa lagi...



Persembahan Bercerita - Belalang : PPISMP Sem 1


Bergambar bersama pensyair


Rektor IPG sedang melihat pameran buku yang dikeluarkan pensyarah IPG KBM


Suasana semasa di Pameran Buku


Rektor IPG diiringi dalam pameran buku


Word posted by  as syifaa, Edited and Pictures by Farhan Faan


Sunday, July 10, 2011

DI SINI SEMARAKNYA SENI, WHERE THE ARTS COME ALIVE!!!!

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...Awal pembuka tirai semester baru sesi jun 2011 menyaksikan beberapa siri aktiviti pelestarian budaya yang melibatkan guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Aktiviti pelestarian budaya ini ialah cabang sambutan Festival Kuala Lumpur yang telah dilancarkan awal Julai 2011. PPISMP 3E tidak melepaskan peluang ini untuk turut melibatkan dan mengaktifkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Kemuncak sambutan kebudayaan ini akan menyaksikan PPISMP 3E yang akan beraksi dalam persembahan teater ' Patung-patung'. Nantikan kemunculan kami!!!!!


Pelestarian Budaya
Tarikh         :         4, 11, 18 dan 25 Julai 2011
Tempat       :         IPG Kampus Bahasa Melayu
Program      :        Malam Gema Budaya ( Tarian, Lagu Puisi/ Tradisional/ 
                              Asli,Caklempong,  Angklung,Silat, Kompang,
                              Gordang 9, Boria, Dikir Barat. )
                              
                          
PERTANDINGAN PIDATO
Tarikh          :         18 Julai 2011
Tempat        :         IPG Kampus Bahasa Melayu


M. Daud Kilau, Festival Muzik KL, Istana Budaya, 3 Julai 011

One Nation Emcees Festival Muzik KL, Istana Budaya, 3 Julai 011,


Satu Harapan - Jaclyn Victor

Gemilang - Jaclyn Victor


Azlan and The Type Writer - Persembahan penutup












Saturday, July 9, 2011

SELAMAT TINGGAL PPISMP 2E, SELAMAT DATANG PPISMP 3E!!!

Asalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. PPISMP 2E telahpun melabuhkan tirainya. Kini muncul pula diari kehidupan PPISMP 3E !!!! Sudah tiba masanya blog rasmi PPISMP 3E berwajah baru. Setelah sekian lama mendiamkan diri, akhirnya, blog kami berjaya juga dihidupkan semula dengan interaktif baru yang lebih menarik dan menghiburkan. Sama-sama kita doakan blog ini sentiasa subur dan terkini dari semasa ke semasa. Semoga semester baru ini dapat menjayakan azam-azam baru kita. Seterusnya, diharapkan prestasi kita dalam semua bidang dalam pengajian di IPG KBM kali ini lebih menyerlah lagi bagi mengakhiri semeseter terakhir kita dalam kursus persediaan ijazah ini dengan penuh kejayaan . Akhir kata, SELAMAT MAJU JAYA DAN KAMI SAYANG PPISMP 3E!!!!!! :)